Tun Faisal hanya ‘mengampu’ Najib, balas nitizen

tunf

Oleh Azri El

BANGI, Khamis – Kenyataan penasihat Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Tun Faisal Ismail Aziz bahawa wang yang masuk ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri adalah rahsia peribadi, mengundang kritikan di media sosial.

Beberapa pemilik akaun facebook menyifatkan tindakan bekas EXCO Pemuda Umno itu lebih kepada ‘membodek’ Datuk Seri Najib Razak, yang kini berhadapan dakwaan sejumlah RM2.6 bilion didepositkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Kamaruzaman Husain, dalam komennya menulis:

“Saya mengenali Tun Faisal sebagai anak muda yang bijak. Tetapi dengan ulasan seperti ini, saya pun sudah keliru samada beliau membuat komen bedasarkan fikirannya ataupun berdasarkan perutnya,” katanya.

Pemilik akaun Mat Indra pula berkata:

“Bodoh punya pengampu.. ini bukan soal peribadi. Ini soal Perdana Menteri ada duit RM2.6 Billion. Pegawai kerajaan pun kalau duit terlalu banyak masuk akaun peribadi boleh disiasat inikan pula pemimpin no 1. Apa juga alasan samada dana politik atau tidak.. klu masuk akaun orang yang ada berkepentingan dalam kerajaan ianya dianggap rasuah. sama juga sekiranya hadiah yg diberikan kepada kakitangan awam tidak dianggap peribadi selagi dia menjawat jawatan awam. BODOH PUNYA PENGAMPU,” tulisnya.

Bagi pemilik akuan Sharifuddin Shayuti Amir pula, alasan itu tidak sesuai untuk orang mengaku sebagai pemimpin Islam yang kononnya sentiasa sederhana dalam menguruskan kehidupan dan jujur dengan rakyat.

“Jadi! Kesimpulannya Najib memang banyak menyembunyikan sesuatu demi kepentingan peribadi, moral yg kita dapat ialah seorg pemimpin yg tak jujur tidak layak menjadi pemimpin sesebuah negara apalagi negara ini adalah dihuni secara majmuk,” katanya.

Bagaimanapun, ada juga pengguna facebook yang lain menyokong pandangan Tun Faisal itu.

FB_1

“Bukti kukuh pon tiada tiba2 nak tuduh Najib ambil duit tu. xpe 1MDB masih menjalankan siasatan. kita tunggu dan lihat,” kata pemilik akaun, Taqiuddin Mohd.

Semalam, satu rakaman klip video bocor di internet, memaparkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata Najib mengaku wang dimasukkan ke dalam akaunnya.

Bagaimanapun, bagi Tun Faisal, ia adalah rahsia peribadi Najib dan Muhyiddin tidak perlu ambil urusan dengan perkara itu.

“Duit yang masuk ke dalam akaun peribadi, itu hak dan rahsia peribadi individu yang tidak perlu diisytiharkan kepada orang ramai.

“Sama seperti duit yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi kita,” kata Tun Faisal dalam satu posting blog hari ini.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?