Ulama Arab Saudi kutuk tindakan Israel serang Masjid Al-Aqsa

aqsa-1

RIYADH, Jumaat – Majlis Ulama Arab Saudi mengutuk tindakan Israel menyerang Masjid Al-Aqsa baru-baru ini sehingga menyebabkan lebih 15 orang mengalami kecederaan dan sekurang-kurangnya tujuh orang ditahan.

Dalam satu kenyataan pihaknya berkata tindakan Israel itu boleh dianggap sebagai keganasan tehadap tempat suci ketiga oleh umat Islam seluruh dunia.

“Pencerobohan Israel terhadap jemaah dan tindakan memprovokasi umat Islam adalah satu pelanggaran hak asasi manusia yang serius,” kata kenyataan itu.

Ini merupakan kenyataan susulan selepas polis Israel memasuki tempat suci Islam itu dan melepaskan bom gas di dewan masjid dan kawasan sekitarnya kononnya mahu membenteras kumpulan Islam.

Kejadian berpunca apabila Israel menghalang umat Islam memasuki masjid bagi memberi laluan kepada sekumpulan masyarakat Yahudi berkumpul untuk mengadakan upacara keagamaan Tisha B’Av.

Selain itu, Majlis Ulama juga menggesa agar seluruh kerajaan dan umat Islam terus menyokong dan membantu saudara mereka di Palestin.

Tindakan ini perlu bagi menghentikan Yahudi daripada terus melakukan pencerobohan terhadap Al-Aqsa dan membantu menamatkan kezaliman Israel.

Israel menduduki kota suci Al-Quds, Tebing Barat dan Bukit Golan dalam perang 1967 dan semenjak itu Israel telah menindas rakyat Palestin termasuk membina penempatan haram Yahudi di Palestin. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?