20,000 veteran tentera didakwa sedia kawal perhimpunan baju merah esok

red_shirt_leader4

KUALA LUMPUR, Selasa – Kira-kira 20,000 veteran tentera dan penyokong akan membantu menjaga keamanan dan melindungi peserta perhimpunan baju merah yang bakal diadakan esok, daripada sebarang provokasi.

Untuk itu, kumpulan penyokong berkenaan dikatakan mula berkumpul di ibu negara malam ini di satu tempat yang tidak dinyatakan sebagai persediaan menjelang perhimpunan esok.

Presiden Persatuan Veteran Tentera, Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju, berkata kumpulannya yang terdiri daripada veteran tentera akan mula tiba malam ini di ‘pusat kelima’ yang akan diumumkan nanti.

“Mereka akan dikumpulkan di satu tempat yang tidak dapat dinyatakan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, mereka juga sudah bersedia untuk menghalang sebarang provokasi ketika ‘Perhimpunan Rakyat Bersatu’ atau ‘Perhimpunan Baju Merah’ yang diketuai oleh Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka).

Tempat pertemuan mereka adalah di Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Negara, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Wisma Kraftangan sebelum ke Padang Merbok, tempat utama perhimpunan diadakan.

Bagaimanapun, penyokong baju merah diketua oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Selangor, Datuk Jamal Yunus menegaskan bahawa perhimpunan itu adalah ‘Perhimpunan Pertahankan Maruah Melayu’.

Katanya, perhimpunan itu adalah satu bentuk perpaduan Melayu yang mana telah secara kerap diejek oleh Cina DAP.

“Kami tidak boleh lagi berdiam diri. Perhimpunan ini adalah satu peringatan kepada mereka supaya saling hormat menghormati,” katanya yang turut memberi jaminan perhimpunan itu akan diadakan dalam suasana aman.

Jamal berkata, khabar angin mengatakan akan berlaku rusuhan dibuat semata-mata untuk menimbulkan ketakutan di kalangan peniaga.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan perhimpunan Bersih 4.0 adalah rasis.

“Mereka yang mempromosikan kebencian terhadap pemimpin dan orang Melayu. Kami tidak melakukannya,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian