Al-Fatihah buat polis cilik – Faris Danish Akasha

farish
BANGI, Selasa – Adik Faris Danish Akasha bin Fauzi, 9 tahun yang menghidap kanser telah meninggal dunia pagi semalam dan dikebumikan di Bandar Sunway, Selangor, lapor facebook PDRM.

Beliau sebelum ini pernah menyuarakan cita-citanya untuk menjadi seorang pegawai polis dan hasratnya telah direalisasikan oleh Ketua Polis Negara dalam satu program lawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Program khas yang menjadikan adik Faris sebagai pegawai polis telah diadakan pada 29 Mei 2015.

Ramai pihak terutama seluruh warga PDRM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham adik Faris di atas kehilangan anak tercinta dan semoga sentiasa cekal dalam menghadapi dugaan mendatang.

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian