Bekas MB Selangor Abdul Khalid dipelawa sertai PAS

khalidun
DUNGUN, Sabtu – Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah dipecat daripada PKR, telah dipelawa oleh PAS untuk menyertai parti itu.

Bagaimanapun, katanya beliau belum menimbangkan tawaran itu kerana masih ada perkara untuk diselesaikan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Beliau berpendapat berlaku ketidakadilan berhubung pemecatannya daripada PKR.

Abdul Khalid dipecat daripada PKR selepas beliau enggan melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor seperti diputuskan oleh parti.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 anjuran PAS Terengganu di Pulau Serai dekat sini malam tadi.

Turut hadir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian