Bendera ISMA di pergunungan Himalaya

Himalaya

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Ahad – Pengerusi i-Daki Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ir Haji Zaini Awang kini berjaya meningkatkan lagi pencapaiannya apabila sampai ke Annapurna Base Camp di pergunungan Himalaya sejak 16 September lalu.

Sambil mengibarkan bendera ISMA di puncak pergunungan katanya, beliau telah pun berjaya merealisasikan misi ISMA untuk melahirkn generasi muslim yang cergas berwawasan dan berstamina tinggi.

Menceritakan pengalamannya itu beliau berkata, pendakian kali ini mengambil masa tujuh hari untuk sampai di Base Camp dari Nayapol, sebuah bandar terpencil.

“Penjelalajahan untuk menakluk Annapurna Base Camp dalam ketinggian (4130 m). Trekking ini mengambil selama seminggu.

“Apabila melebihi 3000 meter sebahagian pendaki mengalamai acute mountain sickness (AMS).

“Secara umumnya, apabila paras pendakian melebihi 5500meter, pendaki memerlukan peralatan tambahan kerana perlu trekking dalam salji,” katanya secara ringkas kepada Ismaweb.

Himalaya 2

Turut serta bersama beliau sepanjang pendakian ini ialah lapan rakan yang lain yang merupakan ahli jawatankuasa surau Al-Islah, Seksyen 7 Shah Alam.

Ir Zaini yang kini berusia 59 tahun berkata, pelbagai pengalaman dapat diperolehi sepanjang pendakian ini.

“Kami dapat kutip nilai-nilai positif sepanjang pendakian seperti kerjasama, menepati waktu, semangat untuk mencapai matlamat serta tidak mudah putus asa.

“Lebih penting mendaki gunung merupakan salah satu cara bagi manusia untuk mengenal alam, dan bersyukur akan kebesaran Allah,” katanya yang juga merupakan ahli i-Fitness.

Pendakian gunung ini akan berakhir pada 19 September dan ia merupakan anjuran surau Al-Islah Seksyen 7 Shah Alam dan Puncak Ventures, sebuah organisasi yang mengendalikan aktiviti-aktiviti luar.

Puncak Ventures juga antara organisasi yang melatih dan menguruskan pendakian gunung Everest oleh anak-anak FELDA pada tahun 2013.


Himalaya 3

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian