Cecair ‘vape’ berbahaya: Pakar

rokok elektronik

BANGI, Sabtu – Pakar Psikiatri dan Pakar Berhenti Merokok di Pusat Pakar Universiti Malaya, Dr Amer Siddiq Amer berkata penggunaan rokok elektronik atau vape adalah berbahaya disebabkab nikotin yang terkandung dalam cecairnya.

Beliau berkata, ia lebih membimbangkan apabila penjual membancuh sendiri cecair mengikut permintaan pelanggan tanpa mengetahui isi kandungannya.

“Belum ada bukti mengatakan vape selamat digunakan dan kita risau apabila penjual membancuh cecair tersebut tanpa pengetahuan akan memberi kesan kesihatan kepada pengguna,” katanya kepada pemberita pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Pencegahan dan Rawatan 2015 (ICAPT 2015) di sini, hari ini.

Katanya, penguatkuasaan undang-undang terhadap penggunaan rokok elektronik tersebut adalah perlu untuk mengelakkan orang ramai terutama remaja memulakan tabiat merokok.

Dr Amer Siddiq berkata, walaupun ramai menganggap vape membantu peroko tegar untuk berhenti merokok, namun kepelbagaian warna dan rasa juga menarik golongan bukan perokok untuk mencubanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian