Felixia Yeap kecam AMANAH guna gambar tanpa kebenaran

Amanah

PETALING JAYA, Ahad – Pelakon dan model, Felixia Yeap mengecam penyokong Parti Amanah Negara (AMANAH) yang baru dilancarkan berikutan mempergunakan gambarnya di laman media sosial.

Tegasnya, beliau tidak mahu gambar atau namanya digunakan untuk sesuatu yang mempunyai kaitan dengan politik.

“Kepada apa sahaja parti atau siapa sahaja, tolong jangan menggunakan gambar saya atau nama saya untuk mana-mana kegunaan parti.

“Saya tidak berminat untuk terlibat dalam mana-mana gerakan politik. Sila buang ia (gambar) sekarang.

“Tindakan terdesak anda memperlihatkan diri anda menyedihkan. Terima kasih, jika sesiapa boleh tag ‘Abe Is’ ini dan beritahu dia bahawa dia semakin ‘terkenal’ kerana terdesak,” tulis beliau di laman Facebooknya.

Ini berikutan pengguna laman Facebook yang dikenali sebagai ‘Abe Is’ itu menggunakan logo parti AMANAH dan menulis, “Saya Felixia, orang cina, saya beragama Islam. Islam reject Racism”.

Susulan itu, Felixia menganggap tindakan pemilik Facebook itu sebagai suatu tindakan yang terdesak dan menegaskan bahawa beliau tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politik. 

Sebelum ini, Parti Amanah Negara mencetuskan kontroversi apabila logo parti tu didakwa ditiru dari logo yang sama di luar negara.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian