FGV keluar daripada Indeks Pasaran Islam Dow Jones

Logo-Felda-Global-Ventures-FGV (1)KUALA LUMPUR, Rabu – Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) tidak lagi disenaraikan dalam Indeks 25 Titans Pasaran Islam Dow Jones Malaysia Dalam satu kenyataan hari ini, FGV berkata syarikat itu bagaimanapun kekal tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia.

FGV berkata syarikat itu terus terjejas akibat kedudukan pasaran dan perniagaan yang sukar, dengan harga purata minyak sawit mentah turun 14 peratus kepada RM1,975 setan metrik pada Ogos 2015 berbanding RM2,301 pada Januari 2015.

“Bagaimanapun, keutamaan FGV adalah untuk berada pada kedudukan yang betul untuk mencapai matlamat jangka pendek, sederhana dan jangka panjang.

“Menerusi program transformasi menyeluruh yang dilaksanakan, termasuk pengoptimuman kos, peningkatan hasil dan kecemerlangan operasi, FGV yakin ia akan terus memberi pulangan kepada pemegang saham,” katanya.

Pada 10.15 pagi, harga saham FGV susut satu sen kepada RM1.49 dengan 6,196 juta saham diniagakan.
– Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian