Gambar budak Syria jual tisu ‘dipukul’ tarik perhatian PM Turki
ISTANBUL, Jumaat – Gambar seorang kanak-kanak pelarian Syiria yang menangis dengan hidung berdarah tersebar luas dalam laman sosial sehingga mencetuskan simpati orang ramai seluruh dunia.
Kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Ahmed Hamdo Abeyd dilapor dipukul dengan teruk oleh seorang pemilik restoran di Turki gara-gara menjual tisu di sekitar jalan di bandar barat Izmir.
Beberapa gambar yang menunjukkan Ahmed Hamdo dibelasah beberapa lelaki turut dimuat naik.
Akhbar Hurriyet Daily yang memetik kenyataan Ahmed Hamdo berkata, dia hanya menjual tisu kepada orang awam dan tidak melakukan sebarang kesalahan.
Bagaimanapun ketika menjual tisu kepada seorang lelaki di restoran itu, pengurus dan beberapa pekerja lain menariknya lalu memukul dengan teruk.
“Mereka turut memijak saya, tetapi mujur beberapa pelarian Syria yang berada di lokasi kejadian membantu saya,” katanya.
Bagaimanapun insiden tersebut menarik perhatian Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu, yang menuntut agar pemimpin parti wilayah berkenaan mencari kanak-kanak tersebut untuk dibela. – Agensi
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan