Israel bunuh wanita dan pemuda Palestin
JERUSALEM, Rabu – Seorang rakyat Palestin dilaporkan meninggal dunia ketika sedang mengendalikan bahan letupan manakala seorang lagi pemuda telah ditembak mati oleh tentera Israel di Tebing Barat, baru-baru ini.
Kedua-dua insiden ini berlaku di kawasan Hebron di Tebing Barat, ketika ketegangan memuncak menjelang cuti Aidiladha dan Yom Kippur di samping pertempuran selama tiga hari di kawasan Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis pada minggu lalu.
Bagaimanapun, Jerusalem dilaporkan tenang semalam dengan dikawal ketat oleh beribu pegawai polis dan pihak berkuasa juga telah melakukan sekatan terhadap penduduk di Tebing Barat dari memasuki kawasan bandar.
Pada Isnin, seorang penduduk Palestin dilaporkan maut, setelah bahan letupannya meletup ketika beliau sedang cuba untuk meletupkan sebuah kenderaan tentera Israel
Menurut seorang pegawai keselamatan Palestin, seorang pemuda yang ditembak mati tentera Israel adalah dikenali sebagai Dia al-Talahmeh, 21 tahun.
Jurucakap Israel memberitahu, satu rondaan dijalankan bagi membersihkan longgokan batu yang menghalang sebuah jalan raya di pinggir Hebron.
“Anggota tentera terbabit mendengar satu letupan dan selepas diperiksa mereka menemui mayat seorang lelaki Palestin terbunuh disebabkan bahan letupan yang dia ingin lontar kepada kenderaan kami,” katanya.
Dalam kejadian berasingan, tentera Israel telah bertindak menembak dan mencederakan seorang wanita Palestin berhampiran pusat pemeriksaan di Hebron, kata beberapa orang saksi.
Tentera Israel mendakwa, wanita berkenaan telah cuba untuk menikam anggota polis.
Sebelum ini, pertempuran berlaku di perkarangan al-Aqsa, ketika masyarakat Yahudi Israel menyambut tahun baru mereka di perkarangan masjid berkenaan. – Agensi
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan