Jerebu: Sekolah diarah ditutup dibuka seperti biasa esok

jerebu_sekolah

PUTRAJAYA, Isnin –  Sekolah di beberapa negeri dan kawasan yang ditutup hari ini akibat jerebu akan dibuka seperti biasa esok susulan kualiti udara bertambah baik dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menurun.

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam kenyataan hari ini bagaimanapun mengingatkan semua Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah di seluruh negara agar terus memantau maklumat bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Menurutnya, jika bacaan IPU berubah kepada keadaan tidak sihat pada paras bacaan 101-200 atau sangat tidak sihat pada bacaan 201-300, pihak tersebut boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing.

Tindakan boleh dibuat berdasarkan langkah-langkah yang dikeluarkan KPM bagi menjamin kesihatan dan keselamatan pelajar di sekolah yang berada dalam kawasan berjerebu yang dianggap kritikal.

Semalam KPM mengumumkan sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Pahang serta di Sri Aman, Kuching, Betong dan Samarahan di Sarawak dan Tanjung Malim di Perak, ditutup hari ini ekoran jerebu

. Sehingga 3 petang tadi, bacaan IPU di kawasan terbabit telah menurun ke tahap sederhana (51-100) kecuali di Kuching dan Samarahan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat 116 dan 120. – BERNAMA

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian