Jerebu: Sekolah kembali dibuka esok

jerebuuas.transformed

PUTRAJAYA, Rabu – Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di seluruh negara termasuk Johor yang ditutup hari ini akibat keadaan jerebu yang teruk, dibuka semula esok. 

 Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, sekolah perlu beroperasi seperti biasa kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dipantau sehingga 4 petang ini mendapati hampir semua kawasan menunjukkan penurunan bacaan.
 
Walaupun berlaku sedikit peningkatan bacaan IPU di sesetengah kawasan, namun ia masih berstatus sederhana dan tidak sihat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di tempat tertutup iaitu dalam bilik darjah boleh dilaksanakan.
 
“Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah di seluruh negara hendaklah terus memantau maklumat bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib,” kata kenyataan itu.
 
Jika berlaku perubahan bacaan IPU, pihak berkenaan boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing seperti yang telah ditetapkan oleh kementerian.
 
Berdasarkan laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, sehingga 4 petang ini sebanyak 17 kawasan mencatat bacaan IPU tidak sihat, 28 kawasan (sederhana) dan tujuh kawasan (baik). – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?