Kapal Logos Hope berlabuh di Pulau Pinang bukti pemimpin tidak junjung Islam agama negara

logos hope penang 3
Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Selasa – Kapal Logos Hope yang kini berlabuh di Pulau Pinang negeri pimpinan parti cauvinis DAP memberi gambaran bahawa negara ini dipimpin oleh menteri-menteri yang bersikap liberal sekalipun mereka bukan penganut ajaran songsang itu.

Bercakap perkara itu, bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata akibat daripada sikap liberal para menteri ini Tanah Melayu kini seolah-olah tidak lagi dihormati dan dicabul sesuka hati.

“Islam sebagai agama negara tidak lagi dijunjung. Kerana apa? Kerana yang memberi kebenaran kapal Evangelis Kristian ini berlabuh adalah pemimpin kerajaan yang wujud sekarang.

BACA: Kapal Logos Hope di Pulau Pinang: Agenda Kristianisasi di sebalik pameran buku

“Mereka sudah pandai berselawat di padang-padang. Hanya dalih kalau mereka bercakap tentang hak orang Melayu yang bersandarkan kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi pada saya, pemimpin seumpama ini tidak layak lagi untuk memimpin tanah Melayu ini. Lebih baik berundur tinggalkan jawatan yang mereka sandang kerana mereka tidak menjunjung Islam sebagai agama persekutuan tanah ini,” tegasnya ketika dihubungi Ismaweb hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai pembukaan kapal Logos Hope yang didakwa sebagai satu cubaan dakyah kristianisasi ke negara ini.

Kapal tersebut dibuka kepada orang awam yang mahu melawat kapal, melihat dan membeli lebih 5,000 judul buku yang dipamerkan dan menyertai pelbagai aktiviti yang dijalankan. Pelbagai jenis buku dipamer dan dijual termasuk buku kanak-kanak, akademik, kamus, atlas dengan pelbagai bidang seperti sains, sukan, hobi dan kekeluargaan. Difahamkan buku-buku Kristian turut dijual.

BACA: Malaysia berdepan promosi Kristianisasi besar-besaran

Kapal ini merupakan milik Operation Mobilisation (OM) Ships International dan diuruskan oleh syarikat persendirian yang berdaftar di Jerman, GBA Ships. Syarikat OM telah diasaskan oleh George Verwer, seorang pendakyah Kristian yang masih aktif sehingga hari ini.

George adalah pejuang tegar agama Kristian dan usahanya melalui OM dan Logos Hope telah berjaya membawa agama itu menembusi pelbagai negara di dunia termasuk negara Arab dan Islam seperti Oman, Libya dan Malaysia.

Jelas Ustaz Hafiz, beliau amat kesal dengan kehadiran kapal ini ke Malaysia buat kali kedua pada tahun ini.

“Kapal Kristian ini bebas melanggar Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan tinjauan yang saya lakukan ramai orang Islam turut berkunjung ke atas kapal tersebut malah tidak kurang yang tolong menyebarkan maklumat tentang kapal tersebut melalui media sosial.

logos hope penang 4

Antara buku Kristian untuk kanak-kanak yang dijual.

“Apa yang saya harap saat ini ialah tamatkan segera pembukaan kapal ini kepada orang awam. Tak perlu tunggu sampai 27 September ini.

“Dan kepada pimpinan negara, jangan benarkan lagi kapal seumpama ini masuk ke perairan negara selepas ini,” katanya.

Pada April tahun ini kapal Logos Hope telah berlabuh di Pelabuhan Sim Kheng Hong, Kuching selama sebulan untuk tujuan sama.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian