KATA PEDANG: Prinsip amanah terkorban dalam PAN

pan mat sabu
SAMBIL menunggu giliran korban kambing beliau, salah seorang teman saya memaklumkan kepada bahawa ahli-ahli PAS seperti Dr Mujahid melakukan suatu pengorbanan besar apabila meninggalkan PAS untuk menyertai Amanah. Ini bersesuaian dengan tema bulan Zulhijjah – sebagai bulan pengorbanan.

Saya bertanya kepada beliau semula, “mengapa?”

“Ya lah, mereka sudah selesa di dalam PAS. Tiba-tiba sanggup melepaskan keselesaan tersebut lalu menubuhkan parti baharu.”

Saya lalu tersenyum dan bertanya semula, “adakah mereka dibayar sepanjang keahlian mereka di dalam PAS?”

“Tidak”, jawab teman saya.

“Adakah mereka mendapat keuntungan wang sepanjang keberadaan mereka bergerak di dalam PAS sebelum ini?”

“Mana ada dibayar. Ngarut la hang nih,” jawab teman saya kali ini dengan nada agak marah.

“Adakah mereka yang berkenaan dengan amanah sanggup berkorban melepaskan jawatan ahli Parlimen atau ADUN hasil kemenangan mereka di atas tiket PAS tempohari?” Saya lontarkan persoalan terakhir ini kepada beliau.

“Itu lain, mereka menang atas tiket PR, bukan PAS. PAS yang khianat dengan PR,” jawab teman saya dengan penuh yakin.

“Jadi pada saya itu bukan boleh dikatakan pengorbanan besar, malah kecil apatah lagi jika mahu dikaitkan dengan bulan Zulhijjah.”

“Huh, kenapa pula?” Kini teman saya pula bertanya.

Saya pun menghuraikan dengan lebih panjang, “Andaikata mereka mahu memikul makna perkataan Amanah yang sebenar, mereka yang berkenaan harus berani melepaskan jawatan bukan setakat di dalam PAS, tetapi sebagai Yang Berhormat hasil kemenangan PRU13 dahulu.

“Mereka boleh sahaja katakan kemenangan adalah atas tiket PR, tetapi andaikata mereka benar-benar ikhlas, mereka sangup mengorbankan jawatan sebagai Ahli Parlimen mahupun ADUN sebagai bukti pengorbanan yang ikhlas untuk Islam.

“Malah lebih baik, andaikata kawasan yang dimenangi dipertandingkan semula agar kita benar-benar tahu, adakah rakyat memilih mereka atas tiket PAS atau atas tiket PR.

“Jika calon Pakatan Harapan menang melawan PAS, barulah kita tahu bahawa kemenangan mereka memang benar atas tiket PR dahulu. Tiada lagi spekulasi.

“Andaikata setakat lepas keahlian PAS tanpa melepaskan jawatan YB, tidak perlu mewar-warkan mereka telah melakukan pengorbanan besar. Mengaku berkorban tetapi masih mendapat gaji YB. Itu bukan berkorban, itu tidak amanah namanya.

“Andaikata YB-YB Parti Amanah tidak amanah dalam melepaskan jawatan bergaji yang dimenangi, tidak sanggup mengorbankan jawatan yang dimiliki di atas platform PAS ketika PRU13, bagaimana mahu bersemuka dengan rakyat dan mengaku bersikap amanah dalam melaksanakan tanggungjawab dalam melindungi hak umat Islam melaksanakan agama Islam sebagai cara hidup, bukan hanya spiritual semata?” tambah saya lagi.

“Ala, dulu ramai gak lompat parti. Ok jer,” beliau cuba menepis.

“Ya la, depa tak mengaku amanah dan buat parti amanah,” jawab saya lagi secara berseloroh.

Teman saya menjawab lagi, “Itu semua tidak penting, nama sahaja. Yang penting, matlamat perjuangan Parti Amanah.”

“Baiklah. Apa matlamat Parti Amanah? Apakah polisi Parti Amanah dalam isu Bumiputera?

“Apakah sikap yang akan diambil oleh Parti Amanah dalam isu ketidakseimbangan ekonomi antara bumi dan non bumi ketika Presiden Amanah sendiri menolak agenda membantu bangsa Melayu dalam perjuangan mereka?

“Bagaimana pula kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi? Adakah Parti Amanah melihat Islam seperti DAP iaitu sekadar agama spiritual seperti agama lain yang terpelihara sekadar perlembagaan bertulis atau melihat Islam sebagai cara hidup yang menyeluruh meliputi aspek kehakiman, perundangan, hiburan, pendidikan, ekonomi, hubungan sosial dan lain-lain?

“Adakah Parti Amanah akan menghapuskan kuota bumiputera di universiti? Apakah perancangan Parti Amanah untuk menjadikan bumiputera lebih progresif dan mampu berdaya saing dengan bangsa lain?

“Adakah Parti Amanah akan menjadikan Islam dan penguatkuasaan perundangan syariah terhad kepada isu individu dan keluarga Muslim sahaja?

“Adakah Parti Amanah akan menghapuskan institusi yang membantu bumiputera seperti MARA, FELDA dan lain-lain kerana mahu menghapuskan identiti bangsa dari Malaysia?

“Adakah Parti Amanah akan menghapuskan sejarah “sovereignity” kerajaan bangsa Melayu Islam di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan dan melihat titik bermulanya sejarah pada 31 Ogos 1957?

“Banyak lagi tapi ini antara persoalan yang Parti Amanah wajib jawab agar jelas kepada para pengundi hala tuju mereka apabila memerintah selepas PRU14 nanti.”

Dalam keadaan agak tergamam dia pun menjawab, “itu semua tidak penting. Yang penting kita jatuhkan parti pemerintah yang sedia ada. Kita cuba gabungan baru. Anwar Ibrahim pasti akan memperbaiki segala masalah tersebut.”

Saya jawab pula, “Anwar Ibrahim kan dalam penjara dan dia tak boleh bertanding sehingga PRU seterusnya. Pakatan Harapan nak campur tangan dalam isu kehakiman jugak ker? Macam tu, tidak ada beza dengan tuduhan PR yang mengatakan BN campur tangan dalam proses kehakiman.”

“Err….oklah. Nanti kita bincang lagi. Aku ada temu janji nih,” jawab beliau.

“Tak mengapa. Tunaikan amanah terlebih dahulu. Jangan korbankan prinsip amanah dalam berjanji semata-mata nak bincang benda nih. Nanti jadi macam YB-YB Amanah pula.” saya jawab sambil mengukir senyuman.

Beliau tersengeh malas sambil mengambil bahagian daging korban beliau. Moga beliau berfikir panjang tentang hakikat dan makna Amanah dalam kehidupan.

KATA PEDANG: Letak jawatan kalau betul jantan!

Kata-Kata-Pedang-ISMAweb

Penafian: Kata-Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang dan pandangan yang dilontarkan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) sebagai pertubuhan Melayu dan Islam sederhana.

LAGI…

KATA PEDANG: Awak beriman, awak saudara saya, awak tak beriman, awak…?
KATA PEDANG: Kemeriahan Hari Raya Korban dan air mata pelarian Syria
KATA PEDANG: Nama baik Malaysia tercemar bagaikan jerebu melanda
KATA PEDANG: Tanah rizab Melayu tinggal 11%, apa kita nak jawab pada generasi akan datang?
KATA PEDANG: Jangan bagi muka kepada ‘pengkhianat’!
KATA PEDANG: Usaha menjauhkan Melayu daripada perjuangan bangsa tidak akan berjaya
KATA PEDANG: Pastikan Islam dijulang di Malaysia
KATA PEDANG: Tiap tahun dilanda jerebu, sampai bila?
KATA PEDANG: Setuju Melayu pimpin Malaysia, tapi yang bagaimana?
KATA PEDANG: Jangan celupar terhadap Islam, Melayu
KATA PEDANG: ‘Sampah’ kuning disambung dengan ‘sampah’ merah
KATA PEDANG: PAS ajar PKR, DAP berpolitik
KATA PEDANG: Islam kena memimpin, bukan dipimpin

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian