Kes pembunuhan Kevin Morais: Tujuh suspek didakwa esok

kevin morais 4
BANGI, Ahad – Tujuh suspek kes pembunuhan timbalan pendakwa raya, Kevin Anthony Morais yang ditemui mayatnya di dalam tong dram berisi simen pada 16 September lalu akan didakwa esok di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Lima daripada mereka akan didakwa atas kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, sementara dua lagi akan didakwa atas tuduhan bersubahat di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Seorang doktor tentera merupakan antara tujuh suspek yang didakwa esok yang akan berdepan hukuman bunuh jika disabitkan bersalah.

Polis sebelum ini berkata Morais merupakan timbalan pendakwa raya dalam kes melibatkan doktor tersebut, seorang kolonel berusia 50-an, bertugas di makmal patologi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan yang didakwa kerana perniagaan haram pada Disember 2013.

Pada September tahun lepas, doktor tersebut yang diikat jamin sebanyak RM100,000, dibicarakan dalam 2 dakwaan rasuah bernilai RM700,000 kerana menyarankan 3 syarikat membekalkan ubat dan alatan perubatan kepada hospital.

Morais hilang pada pagi 4 September selepas diculik beberapa lelaki dalam satu pelanggaran di Jalan Dutamas, Kuala Lumpur, di tengah kesesakan lalu lintas. Beliau dibawa lari oleh suspek selepas keluar dari keretanya untuk memeriksa kerosakan.

12 hari selepas penculikan beliau, polis dibawa ke kawasan paya di Taman Subang Mewah di USJ 1, Subang Jaya di mana mereka menjumpai mayat Morais di dalam tong dram berisi simen.

Satu upacara pengebumian akan diadakan di Church of the Divine Mercy di Shah Alam pada 3 Oktober.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?