Khalid bayangkan sertai PAS, sedia lafaz baiah

pasto-khaldi

KUALA LUMPUR, Isnin – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini, membayangkan kemungkinan bakal menyertai PAS apabila menyatakan kesediaannya untuk melafaz baiah seperti ditetapkan parti itu kepada setiap wakil rakyatnya.

Pun begitu, beliau masih menunggu masalah integritinya selesai terlebih dahulu setelah dipecat daripada PKR apabila enggan melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.

Menganggap tindakan PKR itu tidak adil baginya, beliau telah meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengadili kes berkenaan.

“Saya minta ROS adili perkara ini. Jika saya masuk ke parti lain sebelum isu ini diselesaikan, sudah tentu saya tak boleh pertikaian perkara ini. Jadi, saya kena tunggu,” katanya.

Abdul Khalid berkata, sebelum ini integriti beliau dipersoalkan, termasuk dakwaan di mahkamah membabitkan 89 muka surat.

“Tetapi PKR sudah meminta maaf,” katanya.

Katanya, beliau bersedia melafazkan baiah jika memilih untuk menyertai PAS seperti pemimpin-pemimpin parti itu.

“Jika saya putuskan untuk masuk satu parti, saya kena ikut sistem parti itu dan jika saya tak nak ikut, saya tak perlulah masuk ke parti itu,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Khalid dipelawa menyertai PAS, tetapi beliau memberitahu belum menimbangkan tawaran itu kerana masih ada perkara untuk diselesaikan dengan ROS.

Bulan lalu, kes saman fitnah Abdul Khalid terhadap PKR dan bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, selesai secara baik.

Penyelesaian itu membuka pekung PKR dan Saifuddin setelah kedua-duanya mengaku melakukan fitnah terhadap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang itu, sehingga menjatuhkan Abdul Khalid daripada kerusi Menteri Besar.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian