Khutbah Aidiladha: Mufti-mufti negeri lain sokong Mufti Pahang, JAIP

KHUTBAH AIDILADHA PAHANG 2015
BANGI, Rabu – Susulan ketegasan Mufti Pahang yang tidak akan tuduk kepada desakan DAP supaya meminta maaf dan menarik balik khutbah Aidiladha semalam, mufti-mufti negeri lain mempertahankan dan memberikan sokongan moral kepada Mufti Pahang dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, jika isu ini diheret ke mahkamah, ia akan menyebelahi pihak yang benar.

“Saya percaya tindakan mempertahankan kandungan khutbah tersebut mempunyai bukti asas yang kuat.

“Isu ini melibatkan agama dan wajib bagi kita mempertahankan agamanya daripada dipermainkan oleh pihak bukan Islam,” katanya lapor Utusan Malaysia hari ini.

Sebelum ini DAP melalui Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puri memberi masa lima hari untuk JAIP memohon maaf secara terbuka dan menarik balik khutbah itu atau berdepan tindakan undang-undang.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, jika semua pihak menghormati institusi agama, isu ini pasti tidak akan timbul.

Beliau kesal apabila ada orang Islam sendiri yang mencabar khutbah kerana khutbah adalah medium dakwah menyedarkan umat Islam.

Mufti Melaka, Datuk Dr Mohd Mohadis Yasin turut menyokong pendirian Mufti Pahang yang enggan melayan desakan DAP.

“Sebagai umat Islam, kita seharusnya bersatu mempertahankan perihal berkaitan agama kita dan bagi saya amat tidak wajar ada pihak lain yang cuba mempersoalkan tentang isi kandungan khutbah itu, apatah lagi ia melibatkan parti politik,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?