Lelaki tampar imam dihantar ke Tanjung Rambutan
BANGI, Rabu – Susulan insiden imam Masjid Negara ditampar oleh seorang lelaki warganegara India 18 September lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini memerintahkan lelaki terbabit dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak untuk pemeriksaan mental.
Kejadian yang berlaku kira-kira 1.30 tengahari ketika solat Jumaat mencetuskan kekecohan apabila lelaki tersebut bertindak menampar imam Mohd Zuhairee Mohd Yatim.
Menurut laporan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata lelaki itu mendakwa bahawa ada suara ghaib yang mahukan dia mengimamkan solat Jumaat tersebut.
Difahamkan warga India berusia 31 tahun itu cuba merampas mikrofon yang berada pada jubah dipakai Zuhairee namun gagal, menyebabkannya berang lalu mengambil tindakan menampar imam itu secara tiba-tiba.
Pihak pengurusan masjid kemudiannya serta merta membawa lelaki berkenaan keluar dan menyerahkannya kepada pihak polis yang menahan dan menyiasatnya di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan