Mekanik antara suspek pembunuhan Morais

Kes MoRAIS

PETALING JAYA, Isnin – Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini mendakwa seorang mekanik dalam kes culik dan bunuh Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais pada 16 September lalu.

Tertuduh, Murugan a/l Arujalan, 44, didakwa bersubahat melakukan kesalahan tersebut pada 4 September 2015 di antara jam 9.30 pagi hingga 8 malam di alamat No 20, Desa Mentari, Petaling Jaya.

Pendakwaan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff di bawah Seksyen 109 yang dibaca bersama dengan Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Suspek didakwa melakukan kesalahan tersebut bersama G Gunasekaran, S Nirmalan, S Ravi Chandran, A Thinesh Kumar, M Vishwaran dan R Danishwaran, tetapi tiada pengakuan direkodkan dari tertuduh.

Sebelum ini. Morais dilaporkan hilang pada 4 September lalu dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

Pada 16 September lalu, mayat Kevin Morais ditemui di dalam tong berisi konkrit di sebuah kawasan paya di Subang Jaya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian