Mohamad Raimi Abdul Rahim Presiden baru ABIM

Mohamad Raimi Ab Rahim
BANGI, Isnin – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengumumkan Mohamad Raimi Abdul Rahim sebagai Presiden baru menggantikan Amidi Abdul Manan.

Pemilihan tersebut dipersetujui secara konsensus oleh 300 orang perwakilan Muktamar ABIM Kali Ke-44 Di Kolej Dar Al-Hikmah baru-baru ini, lapor laman web rasmi pertubuhan itu.

Sebelum ini Raimi pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden serta Setiausaha Agung ABIM. Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) untuk tahun 2003-2015.

Beliau merupakan seorang peguam yang berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang Dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta Sarjana Kriminologi Universiti Of Kent, United Kingdom.

Berikut adalah senarai kepimpinan ABIM untuk 2015/2017:
Presiden: Mohamad Raimi bin Abdul Rahim
Timbalan Presiden: Ustaz Mohd Naim bin Mohd Nor
Naib Presiden I: Khairul Arifin bin Mohd Munir
Naib Presiden II (Ketua Helwa): Puan Fadhlina binti Sidek
Naib Presiden III: Mohd Khairul Anwar bin Ismail
Naib Presiden IV: Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin
Naib Presiden V: Ustaz Khairuddin bin Abas
Setiausaha Agung: Muhammad Faisal bin Abdul Aziz
Penolong Setiausaha Agung: Puan Maria binti Kamel
Setiausaha Kewangan: Encik Syahrir Azfar bin Saleh

Exco: 1. Dr Zulkifli bin Hasan 2. Dr Shahrizal Azwan bin Samsudin 3. Nur Azura binti Kamarudin Sohami 4. Mohd Shazni bin Abdullah 5. Hasnul Haniff bin Harun 6. Mohd Firdaus bin Hamsin 7. Mohd Adli Zakuan bin Zairakthaini 8. Mohd Khairul Ridhwan Adha bin Akhyar 9. Zainuddin bin Hashim 10. Amalina binti Ismail

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian