Pengkhianat: Pas tak jalin hubungan politik dengan Amanah

hadiawang540px_4

BANGI, Jumaat – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa Pas tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan Parti Amanah Negara (Amanah) kerana ‘pengkhianatan’ presiden parti itu.

Sambil menyifatkan perbuatan Amanah mengkhianati perjuangan mereka dan berkata pengkhianat parti adalah lebih teruk daripada musuh.

Katanya, PAS sedia bekerjasama dengan pihak lawan, namun tidak akan melakukan perkara sama terhadap pengkhianat parti.

“Orang yang khianat pada perjuangan tiada pilihan sama ada dia balik atau dihapuskan, dia bertaubat.

“Ini cara perjuangan Islam, tak boleh orang yang ada rekod khianat perjuangan, tak boleh sama sekali,” katanya melalui klip video yang dimuat naik dalam laman Facebook parti itu.

Sebelum ini, Hadi pernah menegaskan bahawa Pas tidak akan menyertai pakatan pembangkang baharu kerana menyifatkan pakatan tersebut tiada agenda untuk memartabatkan Islam dan hanya semata-mata untuk menang pilihan raya akan datang.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian