Pertempuran di Al-Aqsa masuk hari kedua

PALESTIN DISERANG HARI KEDUA
JERUSALEM, Selasa – Pertempuran di antara orang Islam dan polis Israel di perkarangan Masjid Al-Aqsa memasuki hari kedua berturut-turut semalam berikutan sambutan tahun baru orang Yahudi.

Umat Islam pula berikrar mempertahankan kiblat pertama umat Islam dan tempat suci ketiga selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Mengikut kenyataan polis Israel, penduduk Palestin telah berada di dalam Masjid Al-Aqsa sehari sebelum sambutan tahun baru Yahudi kelmarin.

“Ketika polis memasuki perkarangan tersebut, sekumpulan pemuda bertopeng lari ke dalam masjid dan melemparkan batu ke arah anggota-anggota kami,” kata polis Israel dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan lain, Jordan telah memberi amaran kepada Israel dan mendakwa negaranya mempunyai hak penjagaan dalam sejarah terhadap tempat suci umat Islam itu.

“Apa sahaja provokasi di Jerusalem, akan memberikan kesan dalam hubungan antara Jordan dan Israel yang mempunyai perjanjian damai 1994,” kata Raja Abdullah II selepas bertemu dengan Perdana Menteri Britain, David Cameron di Amman, baru-baru ini.

Sementara itu, lima penunjuk perasaan telah ditahan oleh pihak polis Israel manakala empat lagi ditahan dalam pertempuran di Bandar Lama Jerussalem.

Difahamkan, polis telah melepaskan bom asap, memukul dan menendang penunjuk perasaan serta wartawan yang berada di tempat kejadian.

Dalam pada itu, Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) mengecam tindakan Israel itu yang menyifatkan sebagai ‘cuba bermain api’.

“Israel sedang bermain dengan api. Jelas sekali Israel cuba mewujudkan keadaan tidak stabil, tidak selamat dan keganasan, dengan cara itu mereka dapat meningkatkan kawalan keselamatan dan melaksanakan pengubahan dan transformasi terhadap Al-Haram Al-Sharif,” kata pegawai kanannya, Hanan Ashrawi dalam satu kenyataan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu kenyataan melahirkan rasa bimbang terhadap keganasan yang berlaku.

Orang bukan Islam dibenarkan melawat perkarangan masjid itu tetapi penduduk Yahudi tidak dibenarkan beribadat atau menunjukkan simbol kebangsaan kerana bimbang akan menimbulkan ketegangan dengan jemaah Islam.

Tahun Baru Yahudi, atau Rosh Hashanah, bermula pada petang Ahad dan berakhir pada petang Selasa. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian