Polis Israel pukul wanita Palestin, halang mereka masuk Masjid Al-Aqsa
AL-QUDS, Isnin – Polis Israel bertindak ganas memukul wanita Palestin yang berkumpul di pintu masuk ke Masjid Al-Aqsa dan melarang mereka memasukinya manakala seorang jurugambar Salih Zighari pula ditumbuk di hidung kerana merakam peristiwa itu.
Sebaliknya puak pengganas Yahudi pula dibenarkan berkumpul di kawasan sekitar pintu masuk masjid di sebelah barat.
Sementara itu, 39 orang rakyat Palestin telah ditangkap dalam tempoh dua hari atas kesalahan membaling batu dan membaling bom molotov.
Sudah lebih seminggu rakyat Palestin bertempur dengan polis Israel di Masjid Al-Aqsa yang telah mengakibatkan puluhan warga Palestin cedera.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dipetik radio Israel berkata pihaknya berjanji akan meminda undang-undang supaya pesalah jenayah baling batu dan bom molotov dikenakan hukuman lebih berat, iaitu penjara beberapa tahun.
Selain itu, Netanyahu mengumumkan operasi polis Israel untuk menangkap pembaling batu dan bom molotov akan dipertingkatkan. – Agensi
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan