Rakyat perlu terus desak singkir Najib: Tun M

tunn-mm

BANGI, Sabtu – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa rakyat Malaysia untuk terus mendesak penyingkiran Datuk Seri Najib Razak sekiranya inginkan ekonomi dan mata wang negara kembali pulih.

Beliau berkata, sekiranya mahu ekonomi dan mata wang dipulihkan, Najib mesti berhenti menjadi Perdana Menteri Malaysia.

“Hanya apabila beliau berhenti menjadi perdana menteri, ekonomi negara akan pulih, nilai ringgit meningkat semula dan kos sara hidup turun.  

“Hanya selepas penyingkirannya rakyat Malaysia boleh berdiri sama tinggi dengan negara lain semula,” kata bekas Perdana Menteri itu melalui blog miliknya chedet.cc semalam.

Tun Dr Mahathir berkata, walaupun pada awalnya beliau berusaha keras untuk memastikan Najib mendapat jawatan tertinggi namun tegasnya, Perdana Menteri itu perlu disingkirkan sekali gus menggesa rakyat untuk mendesak kepada penyingkiran Najib.

“Ia bukan soal perbadi. Ia adalah kerana beliau gagal menjadi Perdana Menteri.

“Rakyat Malaysia mesti mendesak penyingkiran Najib. Ia benar-benar demokratik untuk mendesak penyingkiran beliau,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mendakwa Najib membayar orang untuk melakukan demontrasi jalanan bagi menyokongnya yang merujuk kepada ‘himpunan baju merah’ pada 16 September lalu.

“Najib membayar orang untuk berdemo di jalanan untuk menyokong beliau. Beliau turut melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang sama seperti penunjuk perasaan yang mahu menggulingkannya,” katanya.

Beliau turut menyifatkan langkah Putrajaya yang menghalang penunjuk perasaan membantah Najib pada perhimpunan Bersih 4 juga sebagai tidak demokratik.

Beliau juga membandingkan ekonomi Malaysia dengan negara-negara Asia lain, mengatakan pertumbuhan ekonomi Malaysia merosot berbanding Filipina dan Indonesia.

Dr Mahathir berkata, kejatuhan nilai ringgit dan kejatuhan harga saham menyebabkan masalah kepada perniagaan, pengimport dan pengeksport, sambil menambah kos sara hidup juga meningkat selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan pada April lepas.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian