Remaja perlu kekuatan jati diri dan kefahaman agama

isma dungun

Oleh Dr Nor Ruzaini Sulaiman

DUNGUN, 16 Sept – Program ‘Say no to Zina’ telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Nyiur, Paka  dengan kerjasama Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) dan Kelab Remaja Isma cawangan Dungun (KRIM).

Program yang julung kalinya diadakan di kawasan Paka itu telah dihadiri oleh semua para pelajar  tingkatan dua, tiga dan empat.

Ceramah diberikan oleh Dr Nor Ruzaini Sulaiman selaku wakil I-Medik daripada Dungun, yang juga bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Pusat Koreksional Dungun.

Antara isu menarik yang dikupas daripada siri ceramah ini adalah mengenai topik perkahwinan, kehamilan dan kelahiran remaja.

Ceramah dimulakan dengan pengenalan kepada kepada remaja dari segi sifat, emosi dan fisiologi tubuh badan mengikut teori perubatan. Ini diikuti oleh faktor risiko kehamilan remaja di luar nikah, komplikasi kehamilan dan kelahiran remaja.

Menurut Dr Nor antara perkara terpenting yang perlu dimiliki oleh remaja adalah kekuatan jati diri dan kefahaman agama yang kukuh.

“Perkara-perkara ini merupakan benteng pertahanan paling mujarab daripada melakukan  gejala maksiat,” ujarnya. 

Program diakhiri dengan berberapa soalan kuiz mengenai kandungan ceramah dan penyampaian hadiah kepada peserta yang berjaya menjawab.

Ini diikuti pula dengan slot perkenalan kepada Kelab Remaja Isma (KRIM) cawangan Dungun yang disampaikan oleh En. Mohd Nizam bin Abd Rahman yang merupakan pengarah KRIM cawangan Dungun.

isma dungun 3

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian