Saya terlalu tua untuk dipenjarakan: Tun Dr Mahathir

tun-mahthir

BANGI, Rabu – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak menolak kemungkinan ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana kelantangannya mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya sedia, saya terlalu tua, tidak berapa sihat dan boleh berfikir dengan baik. Nyanyuk, kamu tahu?” katanya dalam sebuah forum pendidikan.

“Tetapi tiada alasan untuk orang nyanyuk ucap perkara salah,” katanya yang terkenal dengan kenyataan sinisnya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau menjangkakan akan turut ditahan seperti Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, bekas pemimpin Umno Batu Kawan, selama 28 hari atas alasan cuba mensabotaj negara.

“Ini undang-undang, saya harus patuh. Jika saya bersalah saya harus hadapi penjara seumur hidup,” katanya.

Mahathir berkata, Sosma lebih teruk berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan selepas kempen berterusan pembangkang dan NGO.

Katanya, Sosma membenarkan penahanan seumur hidup sedangkan ISA hanya memperuntukkan penahanan dua tahun.

Beliau juga berkata, dakwaan sabotaj terhadap Khairuddin juga tidak dinyatakan dengan jelas dalam undang-undang itu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?