Siapa Rafidah untuk menidakkan bangsa Melayu?

Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin

BANGI, Khamis – Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin mengesyorkan kepada bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz untuk belajar semula sejarah kemerdekaan negara serta memahami tujuh wasiat Raja-Raja Melayu.

“Rafidah patut belajar semula sejarah. Saya tidak sangka seorang bekas menteri, seorang bekas pemimpin parti Melayu Umno tidak faham tentang keistimewaan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak patuh kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan terutamanya artikel 153, 152 dan 89 yang bersabit dengan keMelayuan.

“Kenyataan dia itu tidak berpijak di bumi yang nyata. Siapa dia untuk menidakkan bangsa Melayu? Tuhan?,” soalnya ketika dihubungi Ismaweb.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Rafidah yang mahukan bangsa Melayu untuk tidak lagi memperkenalkan diri mengikut kaum berikutan hidup di negara majmuk. Rafidah juga berkata Tanah Melayu kini sudah tiada, yang ada cuma Malaysia.

Menyifatkan Rafidah sebagai warga derhaka kepada tanah Melayu ini tegas Ustaz Hafiz, sebagai bekas menteri dia sewajarnya menasihatkan bangsa-bangsa lain dalam negara ini agar menghormati bangsa asal dan bangsa yang lebih awal menjadi penghuni bumi Melayu ini.

“Sedangkan Allah adalah pencipta semua bangsa-bangsa di dunia ini termasuk bangsa Melayu yang dikasihi.

“Nabi Muhammad SAW tidak pernah malu untuk mengaku sebagai seorang Arab berbangsa Quraish walaupun negara yang dipimpin oleh Nabi SAW lebih majmuk dari masyarakat Malaysia.

“Nabi juga tidak pernah cuba untuk memadamkan bangsa-bangsa yang wujud dalam negara pimpinan baginda.

“Jadi saya ingatkan kepada semua umat Melayu untuk tidak terpengaruh dengan fahaman songsang Rafidah itu,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?