Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim

photo_2015-09-30_17-11-51

Nama: Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim

Kerjaya: Ketua Pegawai Urusan IRIS Institute

Pencapaian akademik:

  • PMR 9A
  • SPM 12 A (Aliran Sains Agama)
  • STAM 10 Mumtaz – Penerima Anugerah Utama Kebangsaan STAM Malaysia
  • BA Hons Syariah Islamiah Univ Al-Azhar Kaherah – Jayyid Jiddan With Honors
  • Menyertai aktiviti KRIM sejak tingkatan 2 (2002)

Sumbangan dakwah:

  • JK KRIM SMI Hira’ 2006-2007
  • JK Media ISMA 2008-2009
  • JK Biro Akademik ISMA Mesir 2009-2010
  • Ketua Unit Kajian & Penulisan ISMA Mesir 2010-2011
  • Setiausaha Biro Latihan & Kepimpinan ISMA Mesir 2011-2012
  • Ketua Biro Pengkaderan ISMA Mesir 2012-2013
  • Timbalan Pengerusi ISMA Mesir 2013-2014

Lain-lain maklumat: Saya aktif menyampaikan ceramah, terlibat dalam forum dan menghasilkan penulisan sekitar isu-isu semasa umat Islam.

“Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim dilahirkan di Amerika Syarikat dan membesar di Selangor. Beliau merupakan bekas pelajar Institusi Pendidikan Hira’ di mana beliau mendapat pendidikan sekolah selama 13 tahun termasuk 2 tahun di Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’. Beliau mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia di SM Al-Hidayah dan berjaya mendapat anugerah utama kebangsaan STAM atas keputusan cemerlang sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang Syariah Islamiah. Sebagai seorang pelajar aliran sains di bangku sekolah, bidang Syariah Islamiah adalah satu pilihan yang di luar kebiasaan. Di Mesir, beliau menghabiskan masa menadah ilmu daripada para syeikh, professor, dan tokoh gerakan Islam di sana. Beliau mula menulis dengan konsisten semenjak berada di Mesir, bumi di mana beliau banyak melihat tabir-tabir makna kehidupan disingkapkan di depan mata beliau sendiri. Beliau sempat melalui dua peristiwa utama di Mesir iaitu Revolusi 25 Januari dan penggulingan Presiden Dr. Morsy. Beliau gemar menyampaikan mesej-mesej ‘dinamika kehidupan’ dan kaitannya dengan isu-isu yang berlaku dalam masyarakat. Beliau percaya bahawa dunia ini diciptakan untuk orang beriman, dan orang beriman harus segera memahami rahsia-rahsia kejadian di dunia untuk membina kemampuan mentadbirnya dengan keadilan Ilahi.”

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?