Tampar imam Masjid Negara: Warga India direman dua minggu

tampar_arab_600
KUALA LUMPUR, Sabtu – Lelaki warganegara India yang menampar imam Masjid Negara ketika solat Jumaat semalam, direman 14 hari mulai hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata lelaki berusia 31 tahun dari Kashmir itu, yang dikategorikan sebagai pendatang asing tanpa izin, direman sehingga 2 Okt.

Katanya semakan dengan pihak Imigresen mendapati lelaki itu masuk ke negara ini pada 18 Jun lepas menggunakan pas lawatan sosial dan ia telah pun tamat tempoh.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan tinggal melebihi masa, dan di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan melakukan ugutan jenayah,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Zainol berkata semasa tangkapan dibuat, lelaki itu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Bagaimanapun, pasport miliknya telah diserahkan oleh rakan serumahnya semalam. Polis akan membuat semakan dengan pihak Imigresen untuk mengetahui ketulenan pasport itu,” katanya.

Lelaki itu menampar imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, ketika solat Jumaat setelah mendakwa ada suara ghaib mahukan dia mengimamkan solat itu. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian