TARBIYYAH: Cari apa dalam telefon pintar?

Gambar hiasan

Gambar hiasan

SAYA memerhatikan seorang anak muda belasan tahun ketika berada di dalam sebuah perpustakaan.

Di hadapannya terbentang buku latihan dan di sampingnya ada dua buah buku teks sekolah tersusun rapi.

Matanya khusyuk melihat apa yang terpapar di skrin telefon pintar sambil tangannya bergerak ke atas dan ke bawah.

Adakala dia mengerutkan dahi dan kadang-kadang dia tersenyum manis.

Lama saya memerhatikan gelagatnya begitu, hampir 30 minit.

Ini adalah satu perkara yang telah menjadi kebiasaan dan boleh dilihat berlaku di mana-mana.

Mengikut kajian yang dijalankan terhadap 164 pelajar di sebuah kolej di Texas, Amerika Syarikat, pelajar perempuan secara purata menghabiskan 10 jam manakala pelajar lelaki menghabiskan 8 jam sehari bersama telefon pintar.

Antara perkara yang dilakukan ialah membalas mesej (94.6 minit sehari), membalas emel (48.5 minit), memeriksa facebook (38.6 minit), melayari internet (34.4 minit) dan mendengar muzik (26.9 minit).

Kajian ini serba sedikit telah menjawab persoalan yang diungkapkan dalam tajuk artikel di atas.

Menginsafi fakta tersebut, saya ingin mengangkat beberapa persoalan:

1. 8 hingga 10 jam sehari bersama telefon. Apakah yang diserap oleh pengguna terutama anak muda? Unsur positif atau negatif? Generasi bagaimanakah yang bakal terbentuk akan datang?

2. Mustahil kita boleh membuang ketagihan ini jika ia telah berakar umbi. Apakah peranan para pendakwah dalam berdepan realiti ini?

3. Adakah ini perancangan musuh Islam? Adakah teknologi moden ini perlu dimanfaatkan oleh gerakan Islam? Sejauh manakah keupayaan orang Islam menandingi teknologi orang lain?

Diakui terdapat banyak kebaikan dan keburukan telefon pintar dan internet.

Bagi seorang yang bergelar pendakwah, kita seharusnya mengelakkan daripada lalai lalu menyebabkan masa kita terbuang sia-sia.

Sesungguhnya kewajiban itu lebih banyak daripada masa yang kita ada.

Abu Nizar

Penulis adalah pembaca tegar Ismaweb dan ahli Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Gombak.

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana mahupun Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?