Ujian DNA akan dilakukan terhadap mayat Kevin Morais

kevin morais 3
KUALA LUMPUR, Khamis – Satu ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan dilakukan ke atas mayat yang ditemui dalam tong berisi konkrit, di Hospital Kuala Lumpur pagi esok.

Datuk Richard Morais, adik kepada mendiang Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara Anthony Kevin Morais, berkata ujian itu dilakukan bagi membantu mempercepatkan proses pengecaman mayat tersebut.

“Walaupun polis sudah mengesahkan mayat yang dijumpai itu adalah abang saya, proses pengesahan akan tetap dilakukan melalui pengambilan sampel DNA dari ahli keluarga,” kata Richard, seorang peniaga, ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mayat Kevin Morais ditemui dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya dekat sini semalam selepas seorang daripada tujuh suspek membawa polis ke lokasi di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah.

Kevin Morais, 55, dilaporkan hilang pada 4 Sept lepas selepas kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q. -Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian