Wanita berniqab, ramai tak menyangka beliau sebenarnya……

pemain gitar

SAO PAULO, Selasa – Ramai tidak menyangka seorang wanita memakai niqab dan menutup hampir keseluruhan anggota badannya adalah merupakan seorang pemain gitar profesional sebuah kumpulan ‘Heavy Metal’.

Gisele Marie, 42, seorang wanita berasal dari Sao Paulo, Brazil merupakan seorang pemain gitar utama bagi kumpulan ‘Spectrum’ yang dibentuk pada 2012 dan kini sedang giat merancang untuk menerbitkan album yang pertama.

Beliau berkata tindakannya itu adalah salah satu usaha untuk memecahkan stereotaip negatif terhadap wanita Islam.

“Ramai orang terkejut, tetapi ramai juga yang ingin tahu dan melihatnya sesuatu yang menarik,” katanya.

gitar

Difahamkan, Marie membesar di dalam sebuah keluarga Katolik Jerman dan memeluk Islam pada 2009 selepas kematian bapanya.

“Saya tidak mengambil berat tentang pandangan orang lain kerana saya memakai niqab, tetapi saya berharap orang ramai memahami bahawa Islam agama saya dan muzik adalah profesion saya dan itu adalah ciri-ciri peribadi saya,” katanya.

Bercakap mengenai pakaiannya, Marie berkata perkara itu dalah biasa dan tiada apa yang berbeza sekiranya beliau memakai niqab di atas pentas.

“Muzik adalah fokus saya dan hakikat bahawa saya adalah Islam tidak terpengaruh dengan muzik,” katanya lagi. 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian