1MDB: Perdebatan Arul, Tony Pua ganggu proses siasatan

tony-pua-arul-kanda-600x342

BANGI, Sabtu – Perdebatan yang dirancang antara Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda disifatkan sebagai merumitkan proses siasatan kepada kemelut 1MDB.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan kedua-dua mereka sebagai kebudak-budakan apabila ingin perdebatan itu muncul secara langsung di kaca televisyen.

“Apa sahaja yang diberitahu dan disiasat oleh PAC perlu disimpan dalam kalangan ahli jawatankuasa sebelum ia dibawa ke Parlimen.

“Ahli PAC dipilih oleh Parlimen dan jika debat ini diadakan, jadi apa gunanya siasatan dilakukan,” katanya dipetik portal MStar Online.

Sebelum ini, Arul Kanda Kandasamy berkata beliau bersedia bersemuka dengan Tony Pua secara langsung di televisyen berhubung isu syarikat pelaburan negara itu, tanpa sebarang syarat.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?