70 peratus pekerja di Gaza hidup dalam kemiskinan

GAZA, Sabtu – Kesatuan Sekerja Gaza dalam satu kenyataan mendapati kira-kira 70 peratus daripada golongan pekerja di Gaza hidup dalam kemiskinan dan penderitaan.

Pengarahnya, Sami al-Amsi berkata, Gaza mungkin akan berdepan dengan malapetaka sekiranya satu perancangan jelas tidak dibentuk oleh pihak kerajaan bagi meringankan penderitaan penduduk Palestin khususnya di Semenanjung Gaza.

Susulan itu, pihaknya mendesak sekatan terhadap Gaza dihentikan, selain menyatakan bahawa Semenanjung Gaza telah mengalami krisis ekonomi terburuk dalam beberapa dekad.

Selain itu, proses pembinaan semula juga dilihat sebagai satu jalan penyelesaian untuk mengurangkan kadar pengangguran dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk.

Oleh itu, beliau menyeru kerajaan perpaduan Palestin untuk bertanggungjawab ke atas Semenanjung Gaza dengan menunaikan janji yang masih tidak dipenuhi dan mencari penyelesaian terbaik terhadap permasalahan ini.

Pada Mei, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) melaporkan sejak serangan Israel pada 2014, pembinaan semula Gaza jauh lebih rendah dari yang dijangka.

Dalam serangan tersebut, lebih 2,200 rakyat Palestin terbunuh dan Gaza menghadapi  kerosakan infrastruktur yang amat teruk.

“Pengangguran di Gaza meningkat pada tahun 2014, mencapai 44 peratus dan mungkin yang tertinggi di dunia. Pengangguran dan kemiskinan di Gaza adalah sangat membimbangkan,” menurut laporan Bank Dunia.

Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah berulang kali memberi amaran bahawa konflik akan berterusan sekiranya proses pembinaan semua masih bergerak dalam keadaan perlahan.

Israel juga telah mengenakan sekatan dengan menghadkan kemasukan jumlah bahan binaan ke Gaza dan ia bertambah buruk apabila disokong oleh Mesir di sempadan. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian