Akta Hasutan 1948 undang-undang sah: Ketua Hakim Negara

azmi sharom
PUTRAJAYA, Selasa – Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Dr Azmi Sharom mencabar Akta Hasutan 1948 dan memutuskan bahawa akta itu adalah sah dan bertepatan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Akta itu tidak bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kebebasan berucap, bersuara dan berhimpun.

Keputusan sebulat suara 5 panel hakim itu dibacakan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria.

Berikutan keputusan ini, Dr Azmi Sharom bakal menghadapi perbicaraan atas tuduhan menghasut berikutan komen beliau dalam satu artikel “Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told’ yang disiarkan dalam sebuah portal berita.

Jika sabit kesalahan di bawah mana-mana satu dakwaan, Profesor undang-undang Universiti Malaya ini akan menghadapi hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya.

Keputusan ini juga memberi kesan terhadap perbicaraan-perbicaraan lain yang berkaitan Akta Hasutan termasuk Presiden Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.

Dalam sesi perbicaraan lalu, Mahkamah Sesyen Kajang, Nor Hazani Hamzah membenarkan pemohonan peguam Salim Bashir untuk menangguhkan perbicaraan dan menetapkan 22 Disember sebagai tarikh sebutan, sementara menunggu keputusan cabaran Azmi itu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?