Amah Indonesia: Majikan kena bayar RM900 sebulan, gaji mungkin naik ke RM1,000

amah

BANGI, Sabtu – Kerajaan Indonesia menetapkan gaji bulanan pembantu rumah yang bekerja di Malaysia ialah RM900 dan kemungkinan dinaikkan lagi sehingga RM1,000, kata Timbalan Duta Indonesia ke Malaysia, Hermono.

Beliau berkata, gaji minimum RM900 itu berkuat kuasa 20 Oktober lalu dan membabitkan pembantu rumah yang baharu datang selepas tarikh berkenaan.

“Ia mungkin dinaikkan lagi berdasarkan gaji minimum di Malaysia iaitu RM1,000,” katanya seperti dilaporkan The Star Online, hari ini.

Tanpa menyatakan bila kenaikan itu bakal dilaksanakan, beliau bagaimanapun, mengesahkan agensi Kerajaan Indonesia menghantar surat kepada kedutaan memohon gaji dinaikkan sehingga RM1,000.

The Star turut melaporkan mengenai surat daripada Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia bertarikh 15 Oktober lalu, meminta kedutaan melaksanakan gaji minimum sebanyak RM1,000.

Surat itu turut meminta kedutaan tidak membenarkan majikan memotong gaji pembantu rumah Indonesia.

Sekarang ini, majikan dibenarkan memotong gaji sebanyak RM1,800 daripada pembantu rumah dalam tempoh tiga hingga enam bulan bagi menyelesaikan bayaran pendahuluan kos seperti latihan.

Hermono berkata, isu kenaikan gaji sehingga RM1,000 sebulan itu bagaimanapun masih dibincang oleh pegawai atasan Kerajaan Malaysia dan Indonesia.

Daripada 320,000 pembantu rumah asing yang bekerja di Malaysia, 230,000 adalah dari Indonesia.

Sebelum ini, majikan di negara ini terpaksa membayar RM800 sebulan kepada pembantu rumah asing.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?