Bajet 2016 Selangor ‘gula-gula’ PRU-14

md-nazrari

BANGI, Sabtu – Belanjawan 2016 Selangor disifatkan tidak mengutamakan rakyat, sebaliknya sebagai gula-gula bagi berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kata Naib Pengerusi Ketua Perhubungan Umno Selangor, Mad Nadzari Ahmad Dahalan.

Ini kerana berdasarkan proses pelaksanaannya Kerajaan Selangor hanya menyenaraikan perancangan yang akan dibuat dalam masa dua tahun lagi iaitu pada 2017 – tahun paling hampir sebelum PRU-14 diadakan.

Katanya, dalam belanjawan itu kerajaan PKR Selangor mahu rakyat melihat permulaan pelbagai projek dan pembaharuan dilakukan pada tahun paling hampir dengan tempoh PRU-14.

“Kalau bagi janji yang tahun 2017 punya cerita, sama sahaja macam janji dengan girlfriend, ‘aku akan nikah dengan kau 7 tahun lagi’, tapi tidak ada jaminan benda tu betul-betul terlaksana atau tidak,” katanya hari ini dalam portal BNBBC.

Mad Nadzari berkata, bajet Selangor itu tidak langsung seperti Bajet Kerajaan Pusat di mana setiap perincian perancangan tertentu dibuat lebih awal dan dimaklumkan secara spesifik kepada umum.

Fokus bajet Selangor terhadap aspek perumahan, pengangkutan serta program keusahawanan juga katanya, masih tidak menguntungkan semua pihak.

Beliau berkata, masyarakat luar bandar tidak diberi keutamaan untuk menikmati kemudahan yang dijanjikan.

“Lihat dari segi pengangkutan, bas percuma hanya melalui di kawasan mana sahaja?, Tapi pengangkutan percuma ini tidak dirasai masyarakat di luar bandar seperti Bukit Beruntung, Batang Kali. Rakyat di sana dianaktirikan.

“Program keusahawanan seperti industri kecil dan sederhana, yang diberi hanyalah hutang yang perlu dibayar setiap bulan, bukan sejumlah peruntukan yang disesuaikan untuk membantu perniagaan, itu tak betul.

“Perumahan pula, golongan pertengahan dan miskin terpaksa bersaing untuk mendapatkan rumah Selangorku sebab kelayakan bagi seseorang pemohon telah ditingkatkan, bermakna kebarangkalian untuk golongan miskin bandar akan terus tidak dapat memiliki rumah mungkin berlaku dek kerana tertindas dengan golongan pertengahan yang juga inginkan rumah,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?