Bekas Mufti Wilayah Persekutuan meninggal dunia

kadir

BANGI, Jumaat – Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kadir Talib meninggal dunia hari ini.

Perkara itu dinyatakan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pagi tadi.

Allahyarham Abdul Kadir berkhidmat sebagai mufti sejak 15 Julai 1991 sehingga 16 Januari 1997. Beliau juga pernah menjadi Timbalan Ketua Pengarah JAKIM, bekas Imam Besar Masjid Putra di Putrajaya.

Solat jenazah Allahyarham akan dilaksanakan selepas solat Jumaat di Masjid al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Saf kepemimpinan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) serta kakitangan ismaweb.net dan ismatv.net mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Al-Fatihah

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian