‘Beliawanis Talent’s Day’ : Input berguna buat beliawanis

beliawanis talent day 1

Oleh Aujie Suharto

PORT DICKSON, 16 Okt – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Negeri Sembilan telah mengadakan ‘Beliawanis Talent Day’ sebagai platform beliawanis untuk melengkapkan diri dengan input berguna dan ilmu-ilmu asas kewanitaan.

Program yang diadakan di Dewan Pasir Panjang, telah menerima penyertaan  dari seluruh Negeri Sembilan.

beliawanis talent day 4

Antara pengisian yang telah diadakan dalam program tersebut adalah seperti penjagaan kesihatan, bengkel penjagaan penampilan, penyelenggaraan kenderaan, bengkel asas tajwid dan bengkel asas masakan.

Menariknya program tersebut adalah permainan tradisional yang diperkenalkan kepada beliawanis dan mengukuhkan kebolehan untuk memainkan permainan tradisional warisan turun temurun.

Program tersebut dirasmikan oleh Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Port Dickson, Kamaliah Abdul Hamid.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?