Beribu-ribu membantah di Istanbul selepas serangan Ankara

ankara-protest

ISTANBUL, Ahad – Ribuan rakyat turun ke jalan pusat utama di sini, semalam bagi membantah tragedi dua letupan bom di Ankara, Turki  yang mengorbankan sekurang-kurangnya 95 orang dan mencederakan 200 yang lain.

Dianggarkan kira-kira 10,000 hadir di Istiklal Street di pusat bandar itu dengan membawa beberapa sepanduk dengan tulisan “kerajaan adalah pembunuh” dan “kita tahu pembunuh”.

Ia sebagai mengulangi dakwaan tanggungjawab kerajaan dibuat selepas kejadian serangan itu namun ia dinafikan kerajaan.

Agensi berita Dogan melaporkan bantahan juga berlaku di beberapa bandar-bandar Turki lain yang termasuk Izmir Aegean dan bandar di tenggara seperti Batman dan Diyarbakir.

Satu bantahan awal Diyarbakir telah berakhir dengan polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian