China tamatkan dasar satu keluarga seorang anak

China

BEIJING, Jumaat – Setelah berdekad menyekat kebebasan rakyatnya untuk memiliki lebih dari seorang anak, China akhirnya memutuskan untuk melonggarkan undang-undang perancang keluarga dengan membenarkan pasangan berumahtangga memiliki dua orang anak.

Parti Komunis China dalam satu kenyataan berkata keputusan membenarkan keluarga untuk mempunyai dua orang anak telah digubal untuk meningkatkan pembangunan penduduk yang seimbang selari dengan penduduk yang semakin tua.

“China akan melaksanakan sepenuhnya satu dasar membenarkan setiap pasangan yang berkahwin mempunyai dua anak, sebagai reaksi positif kepada masalah penduduk yang semakin tua,” kata parti itu.

Sebelum ini dasar memiliki hanya seorang anak ini telah diperkenalkan di peringkat kebangsaan negara itu pada tahun 1979 yang bertujuan untuk memperlahankan kadar pertumbuhan penduduk.

Ia dianggarkan telah menghalang kira-kira 400 juta kelahiran.

Lebih dari itu, pasangan yang melanggar dasar satu anak menghadapi pelbagai hukuman, merangkumi denda dan kehilangan pekerjaan selain mengakibatkan pengguguran paksaan. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?