DAP tak peduli PKR, mahu ketepi Azmin Ali

HAJI-AMIN-2-

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Sabtu – Kenyataan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua bahawa parti itu mungkin bertanding di lapan kerusi Pas di Selangor membayangkan bahawa mereka tidak lagi kisah dengan PKR dan akan menyingkirkan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar, jika mereka menang.

Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, Haji Aminuddin Yahaya, berkata keyakinan tinggi DAP untuk menakluki Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tidak relevan lagi kepada DAP.

“Ketiadaan Anwar meletakkan pimpinan DAP begitu selesa untuk bergerak. Kesempatan ini diambil penuh oleh DAP untuk mengawal pakatan harapan. Pimpinan pakatan harapan yang dibiayai DAP tidak mungkin berani bersuara menentang parti itu,” katanya kepada Ismaweb, hari ini.

Haji Aminuddin berkata, tindakan DAP untuk merebut kerusi di Selangor bakal menguji kesediaan orang Melayu untuk meletakkan orang bukan Islam sebagai pemimpin mereka sekali gus memberi peluang kepada parti itu mengaut khazanah negeri.

“Jika ia berlaku di peringkat negeri maka ini bermakna orang Melayu juga bersedia untuk negara ini diperintah oleh bukan Melayu dan Islam,” katanya.

Katanya, keadaan itu juga memberi gambaran bahawa kelemahan Pas di Selangor selama ini dalam meyakinkan orang Melayu serta penolakan terus orang Cina terhadap parti itut.

“DAP melihat dengan adanya Parti Amanah Negara (PAN), Pas tidak lagi relevan dan DAP yang menguasai pakatan harapan akan memastikan Pas terus lenyap dari bumi Selangor.

“Anggota PAN yang ada di mana-mana akan berperanan mengkucar-kacirkan Pas dan juga PKR. Pas harus tidak lagi bermimpi untuk berada dalam Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Haji Aminuddin berkata, lawatan DAP ke negara-negara Islam dan pertemuan dengan pemimpin Islam sekadar menunjukkan mereka sudah menguasai agamawan.

“Konsep liberalisme yang diselidung di bawah istilah rahmatan lil alamin mula diimani oleh generasi muda Melayu.

“Pimpinan DAP sering mengatakan bahawa mereka tidak menolak Islam, tetapi Islam yang hendak dilaksanakan itu mesti mengikut kehendak mereka.

“Apabila PAS enggan mengikut telunjuk DAP, maka mereka dibuang,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?