Hayati kehidupan Mus’ab bin Umair sebagai pemangkin dakwah

10604662_652432371537883_6971930497599558245_o

ALOR SETAR, 31 Oktober – Umat Islam diseru untuk menghayati kisah Mus’ab bin Umair sebagai pemangkin dalam menggerakkan amal dakwah.

Menurut Naib Yang Dipertua Isma Alor Setar, Tuan Guru Haji Abdul Fisol bin Mohd Isa, Mus’ab bin Umair merupakan pilihan yang terbaik yang dipilih oleh Rasulullah s.a.w. untuk memulakan dakwah Islamiah di Yathrib.

“Rasulullah s.a.w. ada Abu Bakar r.a, Umar r.a, Hamzah r.a. dan ramai lagi, tapi dengan menyelami perjalanan dakwah Mus’ab sewaktu berada di Yathrib, kita boleh merasai ibrah dan hikmahnya.

“Melalui Mus’ab, Saad bin Ubadah dan Saad bin Muaz memeluk Islam,” jelasnya.

Ujarnya lagi, Mus’ab berjaya memainkan peranan besar dalam menjayakan hijrah Nabi dengan menyediakan masyarakat Yathrib untuk menerima Islam dan menjadi Darul Hijrah atau Madinah al-Munawwarah.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Usrah Umum Alor Setar di Dewan Seminar Isma Alor Setar, Rabu lalu.

Selain itu, Ustaz Fisol menyeru umat Islam agar menyelami setiap babak dalam kisah perjuangan para sahabat Rasulullah s.a.w.

“Jangan baca kisah sahabat macam baca kisah dongeng, tapi selamilah setiap satu peristiwa dan gambarkan suasana-suasana yang mereka hadapi dalam menjayakan amanah menyampaikan risalah tarbiyah dan dakwah di muka bumi ini,” tambahnya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?