Isma tubuh cawangan baru di Batu Pahat
Oleh Mohd Syahmi Mohd Shaari
BATU PAHAT, 14 Okt – “Dengan tertubuhnya pejabat ISMA di Batu Pahat menandakan bermulanya syiar dakwah Isma di tengah-tengah masyarakat seperti cahaya yang muncul di tengah-tengah kegelapan. Walau pun organisasi kita tidak sebesar parti politik , tetapi idea dan agenda kita jauh lebih besar daripada parti-parti politik di Malaysia, ” kata Ketua Biro Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) ketika majlis perasmian pejabat ISMA cawangan Batu Pahat.
Menurut Ustaz Hazizi, di saat masyarakat dihimpit dihimpit dengan agenda politik kepartian, Isma muncul dengan membawa mesej kesepakatan tanpa mengira parti politik bagi mendaulatkan Islam di Malaysia.
Tambahnya lagi, setiap ahi Isma perlu berperanan sebagai wartawan ummah dalam membawa mesej tarbiah serta tidak mudah mengalah dengan segala tohmahan yang dilemparkan kepada Isma. Hal ini kerana mesej yang Isma bawa sama seperti risalah yang dbawa oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat dalam memastikan agama Allah tertegak di bumi ini.
Selain itu, Ustaz Hazizi mengingatkan tentang bahaya Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang juga merupakan salah satu bentuk penjajahan ekonomi oleh kapitalis Yahudi-Amerika kepada negara Malaysia di mana selama ini kapitalis Cina dan syarikat-syarikat Yahudi tidak berjaya memonopoli ekonomi Malaysia sepenuhnya disebabkan Malaysia dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang memberi perlindungan kepada hak keistimewaan Melayu dan agama Islam.
Majlis perasmian yang berlangsung pada 10 Oktober lalu itu diakhiri acara penyerahan sumbangan “mock cheque” dari Isma Melaka dan Isma Johor Bahru. Yang di-Pertua (YDP) Isma Melaka, Ir Haji Mohd Khoushaini Mohd Naim, wakil ISMA Melaka manakala Pengerusi Biro Dakwah dan Masyarakat Isma Johor, Haji Bariman Yasimin, wakil Isma Johor.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan