Israel mengganas, 1289 penduduk Palestin cedera

Pertempuran

BAITULMAQDIS, Jumaat – Sejak berlakunya pertempuran antara Zionis Israel dan penduduk Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis lima hari lalu, di laporkan sekurang-kurang 1,289 penduduk negara Islam itu mengalami kecederaan.

Berdasarkan data rasmi yang dikeluarkan Palang Merah Palestin, sebanyak 76 orang daripada jumlah tersebut cedera ditembak dengan peluru, manakala 344 orang lagi akibat ditembak peluru getah.

Selain itu, seramai 84 orang daripada mereka mengalami masalah pernafasan akibat gas pemedih mata, dan 20 orang lagi dipukul dengan teruk.

Keganasan ini tercetus selepas rejim Zionis menguatkuasakan larangan terhadap penduduk Palestin daripada memasuki kota lama Baitulmaqdis, tindakan yang disifatkan oleh pergerakan Hamas sebagai perkauman dan penindasan.

Bagaimanapun dalam perkembangan terbaharu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan dengan mengharamkan ahli-ahli Parlimen daripada memasuki kawasan Masjid al-Aqsa dalam usaha mengurangkan ketegangan.

“Penduduk Israel kini di barisan hadapan perang terhadap keganasan dan perlu berada dalam keadaan berjaga-jaga,’’ katanya. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian