Isu tutup sekolah vernakular tunjuk sikap Cina pentingkan diri

kok seong

BANGI, Rabu – Reaksi terhadap desakan supaya sekolah vernakular Cina ditutup memperlihatkan sikap sejati mereka yang dianggap tidak nasionalistik, selain mementingkan diri sendiri, kata Exco Majlis Profesor Negara, Datuk Dr Teo Kok Seong.

Beliau berkata, hujah dan natijah yang diketengahkan, kononnya memperlihatkan mereka adalah pragmatik, sebenarnya menunjukkan kerakusan kaum Cina.

Katanya, ketika zaman penjajahan British, kaum Cina berusaha menghantar anak mereka ke sekolah aliran Inggeris untuk mendapat kelebihan daripada pemerintah, selain mengharap pulangan daripada hakikat England selaku kuasa ekonomi.

“Kini mereka berkata mereka mahu menyekolahkan anak di sekolah vernakular Cina untuk menguasai bahasa Mandarin kerana China dilihat sebagai bakal kuasa ekonomi terbesar dunia.

“Perkara sebaliknya berlaku ketika China berada dalam segala bentuk kesusahan dahulu, ia dianggap liabiliti dan mereka tidak mahu mengaitkan diri dengannya, khususnya secara kewangan, melainkan secara budaya yang sifat nostalgia saja iaitu mereka pernah berasal dari sana,” katanya.

Menulis dalam Berita Harian yang disiarkan hari ini, Kok Seong yang juga Felo Utama Institut Kajian Etnik (KI TA) UKM berkata, perkara sama juga berlaku terhadap Bahasa Melayu apabila kaum Cina menggunakan dalil ekonomi untuk tidak menguasainya dengan baik.

“Tetapi apabila dalil ekonomu diangkat sebagai hujah ytama untuk mempertahankan sekolah vernakular Cina, ia mengundang tanggapan bahawa kaum Cina Malaysia kelompok rakus yang mementingkan kebendaan semata-mata.

“Sudah tiba masanya kaum Cina turut memikirkan nasionalisme Malaysia, lebih-lebih lagi dalam bentuk identiti budaya negara dan bukan menumpukan perhatian penuh kepada bidang ekonomi semata-mata,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian