Jerebu: Seremban hampir catat IPU sangat tidak sihat
Oleh Athirah Huda Zalhe
BANGI, Isnin- Seremban antara kawasan yang mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) hampir tidak sihat setakat jam 2 petang ini dengan bacaan 196.
Menurut portal Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kawasan lain yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Bandaraya Melaka (156), Bukit Rambai (156), Nilai (158) dan Port Dickson (154).
Sementara di Johor keadaan kualiti udara menurun di beberapa kawasan kecuali di Muar (133) yang masih mencatat bacaan IPU tidak sihat.
Beberapa kawasan lain di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya juga masih mengalami bacaan IPU tidak sihat setakat jam 2 petang ini.
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan