KATA PEDANG: Jangan buka UiTM untuk bukan Bumiputera

uitmPADA tahun 2020, kerajaan menyasarkan seramai 250,000 orang pelajar akan mengikuti pengajian di semua kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di seluruh negara.

Jumlah ini bertambah lebih 50 peratus berbanding jumlah pada 2014 iaitu 177,051 pelajar. Fakta ini menunjukkan peranan besar dimainkan UiTM dalam menyumbang pembangunan modal insan bagi negara khususnya di kalangan Bumiputera.

Walaupun Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr Arsyad Ayub pada minggu lalu ketika mencadangkan golongan bukan Bumiputera diberi peluang untuk mengikuti pengajian di universiti itu tidak memberikan angka peratusan kuota untuk bukan Bumiputera, cadangan itu tidak boleh diterima sama sekali.

Bayangkan sekiranya 10 peratus bukan Bumiputera dibenarkan belajar di UiTM, ini bermakna pada 2020 nanti, 25,000 pelajar Bumiputera terlepas peluang mengikuti pengajian di UiTM kerana tempat mereka diberikan kepada bukan Bumiputera dengan alasan ‘tidak mahu hanya melahirkan jaguh kampung’.

Sejak UiTM ditubuhkan, tidak pernah timbul istilah ‘jaguh kampung’ yang disandarkan kepada graduannya. Kualiti mereka setanding dengan universiti tempatan lain bahkan di peringkat antarabangsa.

Penubuhan UiTM bermula pada 1950 apabila British menubuhkan Rural Industry Development Authority (RIDA) sebagai agensi kerajaan bagi membangunkan taraf hidup bangsa Melayu.

Penubuhannya adalah sebagai ‘hadiah’ kerana bangsa Melayu bertolak ansur menerima prinsip jus soli atau hak kerakyatan kepada kaum Cina dan India yang lahir di Tanah Melayu selepas merdeka.

Pada 1956, RIDA menubuhkan Dewan Latihan RIDA bagi melatih orang Melayu luar bandar dalam bidang kemahiran supaya mereka tidak hanya menjadi petani atau nelayan.

Kemudian pada 1965 RIDA ditukar menjadi Majlis Amanah Rakyat (Mara). Serentak itu, Dewan Latihan Rida dijadikan Maktab MARA, sebelum pada 1967 Maktab MARA dinaikkan taraf sebagai Institut Teknologi MARA (ITM) untuk menawarkan program sehingga peringkat diploma.

Pada 1976 ITM menjadi badan berkanun yang diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan menerusi Akta ITM dan pada 1996 akta itu dipinda bagi membolehkan ITM menawarkan program ijazah pertama (sarjana muda) dan pasca siswazah (sarjana dan kedoktoran).

Pada 1999, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan ITM dinaik taraf sebagai universiti penuh iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Bagi Pedang, apa yang nyata ialah UiTM adalah satu-satunya institusi yang memfokuskan pembangunan pendidikan Melayu dan Bumiputera.

Biarkanlah UiTM dengan agendanya yang khusus untuk Bumiputera. Jangan dibuka langsung peluang kepada bukan Bumiputera.

KATA PEDANG: Cukuplah kita berlembut dengan membuka ruang kepada kaum lain untuk memasuki Maktab Rendah Sains Mara.

Logo Kata Pedang

Penafian: Kata-Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang dan pandangan yang dilontarkan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) sebagai pertubuhan Melayu dan Islam sederhana.

LAGI…

KATA PEDANG: Fatwa kata vape haram, Syiah sesat tapi…
KATA PEDANG: Najib, sejarah kaum pendatang dan umpan undi Cina
KATA PEDANG: RAKYAT TANGGUNG BEBAN NAFSU BESAR NAJIB
KATA PEDANG: Saifuddin salah faham erti ‘hijrah’
KATA PEDANG: Apa akan jadi kepada Malaysia jika tidak belajar daripada sejarah?
KATA PEDANG: TPPA ke Parlimen hanya sandiwara kerajaan Najib elak dipersalahkan
KATA PEDANG: Bolehkah Melayu, bumiputera lebih kaya selepas TPPA?
KATA PEDANG: Kerajaan Najib bulat tekad patuh kepada Yahudi sertai TPPA
KATA PEDANG: Tak payah masuk Parlimen, bakul sampahkan terus TPPA
KATA PEDANG: Najib tunjuk contoh tidak baik berdepan musuh Islam nombor 1
KATA PEDANG: Angkat, hormat syiar Islam
KATA PEDANG: Tak masuk akal Jabatan Mufti Pulau Pinang tunduk dengan hanya 10 aduan
KATA PEDANG: Sokong ketegasan mufti, amaran untuk puak DAP
KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral
KATA PEDANG: Prinsip amanah terkorban dalam PAN
KATA PEDANG: Awak beriman, awak saudara saya, awak tak beriman, awak…?

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?