KATA PEDANG: Tak masuk akal Jabatan Mufti Pulau Pinang tunduk dengan hanya 10 aduan

masjid-negeri-pulau-pinang-malaysia

Masjid Negeri Pulau Pinang

SEJUMLAH 10 aduan diterima Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) berkaitan penggunaan pembesar suara di masjid dan surau dari Januari 2012 hingga Mei 2015 melibatkan pembesar suara di luar bagi bacaan dalam solat, zikir selepas solat, ceramah atau kuliah, rakaman Al-Quran atau zikir sebelum azan.

Natijahnya, keputusan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah di Pulau Pinang akan diwartakan tidak lama lagi.

BACA: Larangan guna pembesar suara di masjid kecuali Azan akan diwarta di Pulau Pinang

Perkara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 Sept lepas berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai dan disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 23 dan 24 Ogos lepas.

Tak masuk akal. Memang tak masuk akal.

Apalah sangat bunyi bacaan Al-Quran, ceramah agama mahupun zikir yang dipasang dengan menggunakan pembesar suara di surau dan masjid.

Benda ini tak perlu jadi isu pun! Kalau ada masalah, boleh diselesaikan sendiri di pihak jawatankuasa masyarakat dengan jawatankuasa masjid dan surau. Mengapa perlu sampai ada pewartaaan fatwa?

Pedang khuatir sangat-sangat isu berkaitan Islam ini akan merebak ke tempat lain dan berjangkit kepada isu-isu lain yang lebih besar.

Apa yang berlaku di Pulau Pinang memberi isyarat tidak baik berkenaan pengurusan dan pentadbiran melibatkan Islam di negeri yang tak sunyi dengan kontroversi itu.

KATA PEDANG: Mesti ada tangan-tangan ghaib yang campur tangan dari atas sehingga perkara begini dibincangkan sehingga keluar fatwa. Puak-puak ini bukan boleh dilayan, diberi betis, mahukan paha!Kata-Kata-Pedang-ISMAweb

Penafian: Kata-Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang dan pandangan yang dilontarkan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) sebagai pertubuhan Melayu dan Islam sederhana.

LAGI…

KATA PEDANG: Sokong ketegasan mufti, amaran untuk puak DAP
KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral
KATA PEDANG: Prinsip amanah terkorban dalam PAN
KATA PEDANG: Awak beriman, awak saudara saya, awak tak beriman, awak…?
KATA PEDANG: Kemeriahan Hari Raya Korban dan air mata pelarian Syria
KATA PEDANG: Nama baik Malaysia tercemar bagaikan jerebu melanda
KATA PEDANG: Tanah rizab Melayu tinggal 11%, apa kita nak jawab pada generasi akan datang?
KATA PEDANG: Jangan bagi muka kepada ‘pengkhianat’!
KATA PEDANG: Usaha menjauhkan Melayu daripada perjuangan bangsa tidak akan berjaya
KATA PEDANG: Pastikan Islam dijulang di Malaysia
KATA PEDANG: Tiap tahun dilanda jerebu, sampai bila?
KATA PEDANG: Setuju Melayu pimpin Malaysia, tapi yang bagaimana?
KATA PEDANG: Jangan celupar terhadap Islam, Melayu
KATA PEDANG: ‘Sampah’ kuning disambung dengan ‘sampah’ merah
KATA PEDANG: PAS ajar PKR, DAP berpolitik
KATA PEDANG: Islam kena memimpin, bukan dipimpin

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian